Friday, November 5, 2010

Pengikat Hati

Bersawang kembali blog aku ni. Maklumlah, SPM is just around the corner. Berdebar rasanya, berbekalkan result 2nd trial yang tak seberapa. Hanya Dia sahaja yang mampu menolong aku dan hubungan bersamaNya sajalah yang paling penting buat masa ni, disamping keluarga yang tersayang. Tidak lupa juga hubungan ku bersama manusia, especially guru-guru dan rakan-rakan.

Sambil melayang-layang kat laman sosial ni dengan tanpa tujuan, hati ku amat tertarik dengan satu video ni. Ia mengembalikan nostalgia ku kat kusiss dulu. Satu doa yang sentiasa meningkatkan semangatku dan hubungan persahabatan kami. Terima kasih kepada yang telah menguploadnye...:D aku harap aku masih ingat...

RABITAH HATI

Hati ini telah bersatu berkumpul di perut bumi Mu;
Hati ini telah bersatu, bersatu memikul beban dakwah Mu;
Hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat; 
untuk mendokong Syariat Mu, di alam maya;
maka ya Allah, eratkanlah ikatan yang ada;
Kekalkan kemesraan yang ada, tunjukkanlah jalan yang benar;
Tunjukkanlah dengan cahaya Mu,
Tiada malap terangi alam Mu;
Hidup suburkan lah dengan maghrifah Mu;
tapi jika ingin mematikannya, matikanlah! sebagai syuhada;
dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia...
(trima kaseh kpd yg mnolong)


Aku harap, kita sama-sama dapat menghayatinya...

No comments:

Post a Comment